Friday, January 18, 2008

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

Di alamat Persatuan: C25 Kg Melayu Sri Kundang, Tasik Biru Kundang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan
kepada dermawan yang budiman bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan program pihak persatuan menjemput kepada sesiapa yang sudi menderma secara online ke No. Akuan :
Bank Islam Malaysia Berhad
14-023-01-003574-7
No. Pendaftaran :

Diantara program dan aktiviti yang dirancang adalah:

Seminar Perubatan Islam
Seminar Tahsin Qiraat
Seminar Kefahaman Islam
Seminar Kefahaman Tasawuf
Seminar Pengurusan Jenazah
Seminar Remaja Cemerlang

KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING

Oleh :

YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI

Mantan Pensyarah, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan,

Bahagian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Tel: +603-60341204, 4772 (Fax) HP: +6019-3845666

Seminar : Mengubati Manusia Dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam.
Anjuran : Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN)

Hari/Tarikh : Ahad, 25 Disember 2005

Masa : 8.00 Pagi- 5.00 Petang
Tempat : Dewan Muktamar Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D. E.

LAMPIRAN 6

Pernah satu ketika saya menyaksikan syeikh kami (Ibn Taymiyyah) mengutus seorang yang mampu bercakap dengan ruh [jin] yang berada dalam badan pesakit yang dihasut. Lalu utusan itu berkata: Syeikh telah berkata; Keluarlah kamu dari badannya kerana tidak halal bagimu berada di dalamnya, sejenak kemudian sedarlah pesakit itu. Kadang-kadang dia sendiri (Syeikh) yang mengucapkan kata-kata tersebut kepada ruh itu. Kadangkala ruh yang menghasut itu degil, lalu ianya dikeluarkan dengan cara dipukul dan sedarlah orang yang dihasut itu tanpa dia merasa sakit. Kami dan selain kami telah menyaksikan fenomena seumpama ini daripadanya berulangkali.

Syeikh kerap membaca pada telinga pesakit yang dihasut firman Allah Taa’la:

Syeikh telah menceritakan kepada kami; Pada satu ketika dia membaca ayat tadi ke telinga pesakit yang dihasut, lalu ruh (jin) yang berada di dalamnya berkata dengan memanjangkan suaranya; yaaah…..Syeikh berkata lagi: saya mengambil sebatang tongkat memukul urat-urat tengkoknya sehingga lenguh kedua tanganku kerananya. Para hadirin menyangka si pesakit itu pasti akan mati dengan sebab pukulan tersebut.

Semasa memukul, ruh tersebut berkata: Aku kasih kepadanya. Lalu saya [Syeikh] berkata kepadanya: dia tidak menyukaimu. Ruh itu menjawab; saya ingin menunaikan haji bersamanya. Saya berkata; dia tidak mahu melaksanakan Haji bersamamu. Kemudian dia berkata; saya meninggalkannya kerana memuliakanmu. Lalu Syeikh menjawab; bukan begitu, bahkan tinggalkanlah dia kerana taatkan Allah dan Rasulnya. Ruh itu kemudianya berkata;kalau begitu saya keluarlah sekarang daripadanya.


LAMPIRAN 5

Rasulullah saw kemudiannya mendudukkan anak itu di hadapan baginda lalu menyapu air di mukanya dan berdoa untuknya. Semenjak doa Rasulullah kepadanya, tiada seorang pun di kalangan rombongan itu yang dapat menyaingi (kepintarannya).

Hadith ini menyimpulkan bahawa harus menggunakan cara pukulan terhadap pesakit yang dirasuk dengan tujuan memukul jin yang merasuknya. Namun, sekiranya pukulan sudah tidak diperlukan ketika itu, pesakit tidak lagi dipukul.5

Berkata al Qadhi Abu al Hasan bin al Qadhi Abi Ya’la bin al Farra’ al Hanbali dalam kitab Tabaqat Ashab Al Imam Ahmad: saya mendengar Ahamad bin U’baidillah berkata: saya mendengar Abu Hasan A’li bin Ahmad bin A’li al A’kbari yang dating dari A’kbara pada bulan Zulhijjah tahun 352H. Beliau berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku, dia berkata:


6 Syeikh al Imam al A’lamah Badruddin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s:152, tahqiq wa dirasah; Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985.

LAMPIRAN 4

Saya pada suatu ketika berada di masjid Abi A’bdillah Ahmad bin Hanbal. Sultan al Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik perempuan sultan mengalami kerasukan. Lalu memohon daripada Imam Ahmad supaya mendoakan kesihatan untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad mengeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwudhuk, lalu memberikannya kepada utusan tersebut seraya berkata: Kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepada perempuan itu. Cakapkan kepada jin itu; “Ahmad bertanya kepadamu: Mana diantara dua perkara yang kamu sukai; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali!”

Utusan tersebut kemudiannya beredar ke istana sultan dan melakukan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Lalu jin yang merasuk tadi, melalui lidah perempuan itu berkata: Kami dengar dan kami taat…dan sekiranya Ahmad mengarahkan kami keluar dari negeri Iraq sekalipun kami akan keluar. Dia sebenarnya seorang yang sangat taatkan Allah. Sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya juga. Jin itu keluar dari tubuhnya. Perempuan itu seterusnya kembali sihat dan kemudiannya dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad jin tersebut sekali lagi mengganggu perempuan itu. Sultan Mutawakkil sekali lagi mengantar utusannya kepada murid Imam Ahmad iaitu Abi Bakr al Mawarzi dan menceritakan kepadanya keadaan yang telah berlaku. Setelah itu, al Mawarzi mengambil terompah kayu yang sama segera pergi ke istana sultan untuk mengubati perempuan itu. Jin yang merasuk itu berkata: Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan mentaatimu dan tidak mahu menerimamu. Adapun Ahmad, dia adalah seorang yang sangat mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya6.


LAMPIRAN 3

Saya berkata: kenyataannya (Ibn Taimiyyah); Kadangkala mengubati penyakit kerasukan jin atau makhluk halus memerlukan kepada pukulan iaitu dengan pukulan yang banyak. Cara ini sebenarnya adalah di syarakkan berdasarkan sumber hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud dan juga Abu al-Qasim al-Tabarani.

Hadith daripada Ummu Aban binti al-Wazi’ yang diceritakan daripada ayahnya; Bahawa suatu hari datuknya pergi menemui Rasullullah saw bersama dengan anaknya atau anak saudaranya yang kerasukan. Lalu berkata kepada Rasulullah saw: wahai Rasulullah saw, saya datang bersama anak atau anak saudara saya yang dirasuk dan meminta daripada Rasulullah supaya berdoa untuknya. Baginda menjawab: bawa dia berjumpa denganku.

Lalu saya pergi kepadanya yang sedang berada di dalam kenderaan. Setelah menyalinkan pakaiannya, saya membawanya bertemu dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda: hampirkan dia kepadaku dan hadapkan belakangnya kepadaku. Rasulullah saw mengambil sehelai bajunya dan digabungkanya supaya menjadi tebal lalu baginda memukul belakang pesakit sehingga kelihatan putih ketiak baginda saw. Di samping baginda bersabda: Keluarlah hai musuh Allah !. Sejenak kemudian anak tersebut kelihatan sedar seperti sediakala dan tidak lagi seperti dahulu.


5 Syeikh al Imam al A’lamah Badruddin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s:151, tahqiq wa dirasah; Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985.

LAMPIRAN 2

Diriwayatkan daripada Jarir berkata; Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku tidakkah mahu kamu menyenangkanku dengan memusnahkan Zil Khalasah? [iaitu sebuah binaan yang digelar Ka’bah Yaman terletak di Khatha’m.]. Jarir berkata; lalu saya bersedia bertolak ke sana bersama satu pasukan tentera berkuda sebilangan seratus lima puluh orang. [Sebelum bertolak], saya mengadu kepada Rasulullah saw bahawa saya merupakan seorang yang tidak boleh berada tetap di atas tunggangan kuda. Lalu Rasulullah saw menepuk nepuk dadaku sehingga kedapatan kesan tepukan jari jemari Baginda di dadaku. Dalam pada itu baginda berdoa; Ya Allah jadikanlah dia tetap di atas tunggangannya dan jadikanlah dia seorang yang petunjuk yang mendapat penunjuk dari Mu. Jarir kemudiannya bertolak ke sana dan memperolehi kemenangan.3


4 Ibn Qayyim al Jauziyyah, al Tibbun Nabawiy, m/s: 52-53, tiada tarikh dan pengedar.

LAMPIRAN 1

Diriwayatkan daripada Abdullah bin A’mir bin Rabia’h daripada ayahnya berkata; Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah saw mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah saw, baginda menepuk nepuk dadanya kemudian berdoa; Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya. Kemudian Baginda bersabda kepadanya; bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah saw seterusnya bersabda; Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan rasukan memang benar berlaku.1

1Musannaf Ibn Abi Syaibah, juzuk: 5 m/s: 50


2 Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, bab; Al-Faz;I wal Araq wa ma yata’awwazu bihi, hadith no; 3538.

Diriwayatkan daripada U’thman bin Abi al-A’sh berkata; apabila Rasulullah saw mengutus saya ke Taaif, saya pernah merasa diganggu di dalam sembahyang sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan di dalamnya. Saya menemui Rasulullah saw lalu memberitahu baginda peristiwa tersebut. Baginda bersabda; gangguan itu sebenarnya daripada syaitan, hampirlah kepadaku. Saya menghampiri Rasulullah saw dan duduk berhadapan dengan baginda. Baginda menepuk nepuk dadaku dengan tangannya dan meludah ke dalam mulutku, sambil berkata; keluarlah wahai musuh Allah!. Baginda mengulangnya tiga kali. Kemudian baginda bersabda; kebenaran adalah beserta dengan amalanmu. U’thman berkata; saya tidak pernah lagi diganggu setelah itu.2


3 Sahih Bukhari, kitab; Al-Jihad wal Sairi, bab; Hirqur Dur wan Nakhil, hadith no:2797.

RUJUKAN

al-Sayuti, Jalaluddin, al-Qur’an al-Karim, Tafsir wa Bayan, Damsyik, Dar al-Rasyid, t.t.

al-Sayuti, Jalaluddin, Luqtul al-Marjan fi Ahkam al-Jan, Beirut, Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1406H

al-Sayuti, Jalaluddin, at-Tibbun an-Nabawi, Beirut, Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1402H

al-Dhahabi Muhammad Hussin, Dr, al-Tafsir wa al-Mufassirun, Jld II, Kaherah, Dar al-Kutub al-Hadithah, 1396M

al-Qarni, Muhammad al-Mahdiy, Penangkal Angkara Jin Dan Syaitan, Ter., Johor Bharu, Penerbitan Jahabersa, 1996

al-Shayim, Muhammad, Kisah-Kisah Pengalaman Ulama’ Mengusir Raja Jin, Kuala Lumpur, Synergy Publishing Co., t.t.

Jahid Sidek Dr, Jin/Syaitan: Hubungannya Dengan Berbagai Gangguan Kesihatan Manusia Menerusi Kacamata al-Qur’an dan al-Sunnah

Jahid Sidek Dr, Menurun: Kebenarannya Mengikut Pandangan Islam

Jahid Sidek Dr, Metodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam

Jahid Sidek Dr, Metodologi Perubatan Tradisional Melayu: Pawang, Bomoh Dan Dukun

Jahid Sidek, Berpawang Bersahabat Dengan Jin Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur, Utusan Publications, 2004.

KESIMPULAN

Dari semua sudut keterangan di atas dapat kita simpulkan:

1) Kombinasi pukulan, dhikrullah dan doa adalah merupakan salah satu kaedah perubatan Islam yang penting dan mempunyai potensi yang sangat besar di masa depan sekiranya ia dikaji lebih mendalam dan teliti lagi.

2) Penulis sangat merasakan perlunya bantuan dan kerjasama dari beberapa orang pakar perubatan moden yang beragama Islam yang berminat untuk membuat kajian selanjutnya dalam kaedah pukulan ini. Penulis rasakan kaedah ini seakan seiring dan dapat diketemukan dengan beberapa aspek perubatan moden.

3) Jin dan syaitan ada kaitannya dengan berbagai penyakit yang dideritai oleh manusia dan makhluk lainnya seperti binatang ternakan, contohnya penyakit kuku dan mulut binatang dan SARS.

4) Penulis sangat yakin terhadap kebenaran pandangan dua orang ulamak Mesir, Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:

Maksudnya: “Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

(Rujukan halaman 585, al-Tafsir wa al-Mufassirun)

BERBAGAI PENYAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT

Dari pengalaman selama 10 tahun didapati semua jenis penyakit boleh dirawat dengan kaedah pukulan, kecuali satu dua jenis penyakit yang akan diterangkan di bawah nanti.

Antara berbagai penyakit yang pernah dirawat dan boleh sembuh sebaik-baiknya ialah seperti sakit migrain, psoriasis, berbagai jenis sakit jantung seperti jantung berlubang, tersumbat, sakit darah tinggi, strok, barah, buasir, gastritis, gout, ulser peptic, busung, senggugut, fibroid, asma, arthritis, slipdisc, hiperaktif, murung, susah tidur, susah untuk mengandung, pandangan mata kabur, sakit buah pinggang, berbagai penyakit kanak seperti menangis malam, terlalu nakal, tidak mahu ke sekolah dan sebagainya lagi.

Penyakit-penyakit yang para pakar perubatan moden beranggapan tidak ada ubatnya atau tidak boleh sembuh, akan kekal selama-lamanya sehingga orang itu meninggal dunia, atau penyakit-penyakit yang kronik serta sukar disembuhkan seperti penyakit psoriasis, gout, migrain berjaya dirawat dan sembuh sepenuhnya, hanya setelah dirawat beberapa kali sahaja.


Seorang warga emas yang berumur 85 tahun yang menderita diserang penyakit psoriasis berpuluh tahun dapat disembuhkan setelah dirawat sebanyak 5 kali. Seorang pemuda berusia 25 tahun yang mengalami penyakit yang sama selama 4 tahun dapat disembuhkan setelah menerima rawatan sebanyak 4 kali sahaja. Penyakit pemuda ini penuh seluruh badan, kecuali bahagian muka, tapak tangan dan kaki, berbau hanyir dan dirasakan gatal.

Seorang doktor berumur dalam lingkungan lima puluhan menderita sakit asma sejak kecil dan telah membuat pengakuan telah mengambil ubat-ubatan moden dan herba yang diakui telah sampai kepada had maksimum, dapat disembuhkan setelah menerima rawatan sebanyak 9 kali. Didapati penyakit asma doktor tersebut berpunca dari sejenis jin yang dipanggil dalam budaya Melayu sebagai bajang atau jin serupa budak kecil yang menghuni di bawah payu daranya dan bahagian belakangnya hingga ke bahagian punggung.

Beratus-ratus orang lagi yang menderita kerana penyakit asma dapat disembuhkan. Didapati penyakit asma mudah dirawat dan mudah sembuh.

Bulan ogos tahun 2004 penulis bersama anggota rombongan seramai 36 orang pergi Umrah. Salah seorang peserta seorang budak lelaki, murid tahun 4 tibaa-tiba diserang penyakit agak ganjil. Budak ini segera mendapatkan rawatan di Hospital al-Zahrah, sebuah hospital swasta di Kota Madinah. Budak ini jadi lumpuh seluruh tubuhnya, kepalanya tergulik-gulik seperti ayam kena sembelih, keluar buih dari mulutnya,


sangat sukar untuk minum atau makan. Pakar di hospital tersebut mengesahkan ianya akan lumpuh selama-lamanya. Ia berada dalam hospital itu atau dibawa keluar sama sahaja, tak akan ada kemajuannya. Setelah dikeluarkan dari hospital, ianya dirawat secara pukulan dan mandi air batu beberapa kali. Ada tanda-tanda ia beransur pulih. Ia mula boleh duduk, boleh minum dan makan. Di Kota Mekah dirawat lagi dengan kaedah pukulan dan mandi air batu. Keadaannya makin baik. Sesampainya di Malaysia terus dirawat selama kira-kira tiga minggu. Akhirnya budak ini pulih sepenuhnya.

Keseluruhan pesakit yang mohon dirawat dengan kaedah pukulan ini terdiri dari para pesakit yang telah dirawat oleh doktor tetapi tidak sembuh-sembuh. Ada yang sudah berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Kaedah ini juga sangat berkesan untuk merawat pesakit yang berada dalam keadaan koma, tidak sedar. Rawatan dibuat bukan untuk menyembuhkan, tetapi untuk memudahkan dan menyegerakan pesakit itu meninggal dunia. Di sekitar Lembah Kelang ini sahaja berpuluh-puluh pesakit dalam keadaan koma bertahun-tahun dapat dibantu. Biasanya anggota keluarga yang menjaga sudah letih dan penat menjaganya selama 2 tahun, 3 tahun dan ada yang sudah 5 tahun. Mungkin ada orang yang menganggap kaedah ini kejam atau sebagainya. Sebenarnya pesakit yang berada dalam keadaan koma itu adalah disebabkan jin atau syaitan yang menghuni dalam tubuh pesakit. Bila dirawat dengan kaedah ini jin atau syaitan itu keluar dan pesakit itu akan mudah dan segera meninggal dunia. Ia meninggal dunia tidak membawa unsur-unsur batil jin atau syaitan yang menjadi rakan hidupnya selama itu.

Penyakit amnesia atau penyakit lupa, tidak ingat, tak kenal, juga dapat dirawat dan disembuhkan dengan mudah. Ramai golongan warga emas yang dibawa oleh anggota keluarga untuk mendapatkan rawatan secara pukulan ini. Keadaan penyakitnya begitu serius sehingga anak yang di depan matanya tak kenal, mengucap istighfar atau syahadah pun tidak boleh. Tetapi setelah dirawat dua tiga kali ingatannya pulih semula. Apa yang memeranjatkan kita ialah punca penyakit tersebut biasanya dari jin atau syaitan yang dimasukkan di sekitar kawasan muka untuk seri muka. Wallau’alam-bis-sawab.

MENGAPA KAEDAH PUKULAN BERKESAN?

Secara rasionalnya, kaedah pukulan ini sangat berkesan kerana pukulan yang dilakukan dengan betul dan tepat pada kedudukan yang tepat di mana jin atau syaitan itu berada akan mendatangkan atau menimpakan satu KEJUTAN GELOMBANG yang sangat keras dan sangat kuat hingga berjaya memecah dan menghancurkan ANGIN JAHAT yang berada dalam berbagai saluran darah yang terdapat di bawah kulit tubuh pesakit.

Jin atau syaitan dijadikan oleh Allah dari lidah api, lama sebelum Adam dijadikan (27, al-Hijr). Menurut setengah ahli tafsir, seperti Mas’udi bahawa jin-jin yang Allah jadikan itu ditempatkan di atas muka bumi ini. Mereka bersifat keras hati, jahat selalu bergaduh, berperang sesama sendiri. Iblis salah seekor jin yang tidak mahu melihat keadaan hidup masyarakat jin yang begitu buruk melarikan diri di atas langit pertama. Di sana iblis beribadat kepada Allah. Allah menjelaskan bahawa iblis itu dari keturunan jin (50, al-Kahfi). Syaitan adalah keturunan iblis juga jin-jin yang jahat.

Oleh sebab jin atau syaitan dijadikan daripada api maka tubuh atau jasadnya serupa angin. Bagaimana kita tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau syaitan. Menurut sebuah hadis Rasullullah (s.a.w) menyebutkan yang bermaksud: “Allah jadikan jin dalam tiga jenis/rupa seperti anak Adam, seperti binatang dan sepertia angin di ruang udara luas”.

Bagaimana angin bolek masuk meresap ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh badan seperti mulut, hidung, lubang-lubang kecil di kulit atau lubang/liang bulu roma, maka begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Rasullullah (s.a.w) pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh darah anak Adam.

Salah satu anggapan salah masyarakat kita berhubung dengan jin dan syaitan ini ialah anggapan bahawa jin dan syaitan itu berada di satu alam ghaib. Sebenarnya jin dan syaitan itu berada di alam nyata iaitu di atas muka bumi di mana kita tinggal dan hidup ini. Tubuh/jasad mereka halus seperti angin. Kerana itu jin atau syaitan tidak boleh menembusi sesuatu yang tidak ada lubang seperti botol yang ditutup rapat, telur ayam yang tidak dilubangkan. Setengah pawang mengalin pesakit dengan telur yang dilubangkan terlebih dahulu, kononnya biar racun-racun dalam badan tersedut ke dalam telur. Sebenarnya supaya jin atau syaitan dapat membawa masuk bahan-bahan tertentu yang nantinya bila dipecahkan telur seolah-olah racun atau penyakit telah dapat disedut.

Angin Jahat yang disebutkan di atas adalah jin atau syaitan. Orang tua-tua kita selalu meneyebutkan: “Kaki awak ini dah masuk angin”, dan sebagainya lagi. Ungkapan itu adalah bermaksud bahawa angin jin atau syaitan telah masuk ke dalam tubuh.

Jin atau syaitan yang berjasad seperti angin yang berada di dalam urat-urat halus dan besar di bawah kulit, bila dipukul angin itu akan pecah. Kulit tempat yang dipukul akan lebam berwarna biru hitam seperti warna jantung pisang. Jin atau syaitan itu berasa sangat sakit sehingga kadang-kadang mereka rasa macam akan mati. Kadang-kadang mulut pesakit itu akan terucap dengan menyebutkan: “Mati aku, mati aku”.

Rasa sangat sakit yang dirasai oleh pesakit berbeza-beza. Ada yang mengadu sangat panas seperti api. Ada yang merasakan macam dihiris-hiris dengan pisau. Ada yang merasakan seperti ditikam-tikam dengan duri sehingga pesakit tengok kayu kecil yang digunakan. Ada yang merasakan sangat pedih. Berbagai rasa sakit lagi pernah diceritakan oleh pesakit yang telah dirawat. Boleh dikatakan semua pesakit menyatakan mereka tidak pernah merasai rasa sakit seperti ketika diketuk atau dipukul itu.

Ada satu keadaan yang menyebabkan pesakit tidak berasa apa-apa, iaitu bila pesakit yang dipukul itu tiba-tiba menjadi tidak sedar kerana jin atau syaitan telah menguasai seluruh ingatan dan rohaninya. Seolah-olah yang dipukul jin atau syaitan. Bila jin atau syaitan sudah keluar pesakit akan sedar dalam keadaan terpinga-pinga dan ia akan bertanya apa yang telah berlaku pada dirinya.

Dari sudut yang lain pula, kaaedah pukulan ini sangat berkesan, kerana mengikut sunnah Allah atau peraturan dan ketetapan yang Allah telah tentukan dalam semua kejadiannya. Allah menyebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah jadikan kadar atau ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (2, At-Talaq).

Dari sudut kekuatan, misalnya kekuatan seorang manusia tidaklah sama dengan kekuatan seekor gajah. Ubat panadol sebiji kekuatan kesannya tidak sama dengan dua biji. Duri yang tercucuk di hujung jari tangan kita adakalanya boleh ditarik dengan jari, adakalanya mesti kita gunakan alat pencabut dan adakalanya tidak boleh dikeluarkan kecuali menerusi pembedahan. Jin atau syaitan yang telah serap dalam tubuh seseorang adakalanya akan keluar dengan dirayu supaya ia keluar, adakalanya ia tidak mahu keluar walaupun telah dirayu terus-terusan. Mungkin kesan rayuan itu tidak cukup kuat. Tetapi bila dibuat sembahyang hajat, dibacakan doa dan ayat-ayat al-Quran baru ia keluar. Jika tidak keluar juga maka perlu ditingkatkan lagi kekuatan rawatan itu misalnya dengan dimandikan dengan air yang telah didoakan atau air batu yang dicampur dengan garam dan diperahkan dengan limau nipis. Jika tidak mahu keluar, tentu perlu ditingkatkan lagi kekuatan rawatan itu iaitu dengan dipukul.

Kombinasi pukulan ranting pokok buah nona dengan dhikrullah dan muraqabah serta doa, baik secara lisanul-hal mahupun secara lisanul- maqal akan menghasilkan satu kadar tenaga yang cukup kuat, kerana ianya bermakna menggabungkan antara syariat dengan hakikat.

PRESTASI SESUDAH 10 TAHUN

Di penghujung tahun 2005 ini bermakna kaedah pukulan ini telah digunakan lebih 10 tahun. Berbagai masalah asas telah dapat diatasi dan kaedah ini lebih meyakinkan akan menjadi satu kaedah yang sangat tepat dan berkesan untuk merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Bagi tujuan membantu memudahkan kita menelitikan kejayaan dan pencapaian yang ada, maka penulis cuba ringkaskan seperti di bawah ini :

1. Kayu yang sesuai telah diperoleh iaitu ranting pohon buah nona.

2. Lima faktor yang mendorongkan jin atau syaitan masuk ke dalam tubuh manusia juga dapat dikenal.

3. Kaedah pemeriksaan pesakit juga dapat diketahui.

4. Di mana jin atau syaitan itu berada dalam tubuh pesakit dapat ditentukan dengan lebih tepat.


5. Jenis-jenis jin yang mengganggu pesakit juga dapat diketahui.

6. Beberapa perkara yang menjadi pantang larang bagi pesakit yang dirawat juga dapat ditentukan.

7. Perkara-perkara yang boleh menghalang jin atau syaitan untuk keluar dari tubuh pesakit juga dapat diketahui.

8. Tanda-tanda atau symptom jin atau syaitan itu sudah keluar atau belum dapat diketahui.

9. Kaedah merawat pesakit disebabkan saka dan simpulan sihir (al-‘uqad) yang ditanam juga dapat diketahui.

10. Rawatan sokongan yang membantu kesan pukulan itu, supaya berkesan seperti mandi air batu, sapukan cuka, minum air yang didoakan dan sebagainya dapat dibuat dengan lebih baik.

11. Dakwah Islamiyah dari sudut syariat dan aqidah dapat disampaikan dan lebih berkesan, khasnya di kalangan pesakit dan keluarga serta teman-teman. Misalnya mereka begitu yakin mengenai larangan dan pengharaman amalan sihir, berbomoh, berpawang, berbagai jenis tangkal, azimat, jampi serapah, berbagai ilmu salah dan sesat berkait dengan ilmu mempertahankan diri, gagah, kebal, seri muka, susuk dan sebagainya lagi.

12. Amalan yang boleh menambahkan taqwa dan menguatkan iman dapat ditekankan dan dituruti oleh kebanyakan pesakit. Tumpuan selalunya dibuat agar mereka melakukan yang difardhukan, menjauhkan yang dilarang dan membanyakkan yang disunatkan. Galakan supaya mereka mengamalkan, membaca atau menghafaz apa-apa bacaan doa, ayat al-Quran, dhikrullah, tasbih, tahmid yang sedia ada dan diperintah oleh Allah. Seperti mengulangan terus bacaan al-Fatihah, doa qunut, doa selamat dan sebagainya.

PENGALAMAN AWAL PENULIS

Pengalaman penulis dalam kaedah pukulan ini bermula sejak awal tahun 1992, setelah guru penulis meninggal dunia dan penulis menyambung tugasnya di salah sebuah madrasahnya, Madrasah Babul-Khairat di Jalan Sukan Kg. Melayu Majidi Johor Bharu. Di peringkat permulaan, tahun 92-93 bila ada murid yang diserang penyakit ganjil, kita minta orang yang terkenal dalam perubatan tradisional untuk merawatnya. Akhirnya kita hentikan khidmat mereka, kerana didapati kaedah yang digunakan bercanggah dengan akidah syariat Islam. Kita rawat sendiri murid yang sakit dengan cara biasa iaitu menerusi sembahyang taubat, sembahyang hajat dan dibacakan ayat-ayat al-Quran, selawat Nabi dan doa-doa yang biasa digunakan atau diamalkan. Di awal tahun 1994, secara kebetulan penulis dapat menyaksikan rawatan yang menggunakan pukulan di sebuah kampung di daerah Alor Gajah. Setelah menyaksikan kaedah pukulan beberapa kali, penulis dapat merumuskan bahawa rawatan dengan pukulan sangat berkesan, segera sembuh, berbagai penyakit boleh dirawat, kosnya murah serta meyakinkan pesakit dan keluarganya.


Pengalaman ini ditambah dengan bacaan beberapa kitab sirah dan hadis, akhirnya penulis penuh yakin bahawa menggunakan pukulan adalah salah satu dari kaedah-kaedah perubatan Rasullullah (s.a.w). Di peringkat permulaan, penulis menghadapi berbagai masalah. Antaranya, bagaimana cara untuk mengenal sesuatu penyakit? Penyakit jenis mana yang boleh dirawat dengan pukulan dan jenis yang mana pula tidak boleh? Di bahagian mana dari tubuh pesakit itu yang harus dipukul dan dari mana dimulakan pukulan? Di manakah jin atau syaitan itu berada, di tangan atau di perut? Atau di mana? Jenis apakah jin atau syaitan itu? Apa sebab jin atau syaitan itu masuk ke dalam tubuh pesakit? Apakah kerana saka, atau masuk sendiri atau sihir? Kayu atau rotan apakah yang sesuai digunakan? Apakah jin atau syaitan itu akan jadi marah lalu akan menyerang orang yang memukulnya? Bagaimana kalau pesakit itu perempuan? Adakah jin atau syaitan itu sudah keluar atau belum? Bagaimana jika pesakit itu mati setelah dipukul? Bagaimana nanti jika pesakit itu buat laporan kepada polis mengadu ia didera sampai lebam-lebam? Dan berbagai masalah lain yang berkaitan. Penulis merasakan berbagai masalah itu kian bertambah berat dan sukar kerana tidak ada siapa yang boleh dijadikan tempat rujukan. Sebab, kaedah pukulan ini penulis cuba terokai sendiri yang hanya berbekal dengan doa dan pergantungan kepada Allah-tawakkal dan berserah kepadanya.

Berbagai pengalaman yang menakutkan, mencemaskan, menyakitkan terpaksa penulis lalui. Ada pesakit bila dipukul walaupun sangat perlahan, ia memjadi liar dan agresif, memukul, menendang, meludah sesuka hati. Ada pesakit sesudah dirawat tidak boleh sedar berjam-jam lamanya. Ada pesakit yang jadi sesak nafas seolah-olah mahu mati. Ada yang mengadu berasa bias-bisa tubuhnya. Ada pesakit yang bertambah teruk/serius penyakitnya. Dan berbagai hal dan karenah lagi yang cukup menimbulkan seribu satu masalah dan tanda tanya. Alhamdullillah dari satu masa ke satu masa secara beransur-ansur berbagai masalah dan cabaran tersebut dapat diatasi dan penulis kian bertambah yakin bahawa satu masa nanti akan tercapailah satu kaedah yang khusus dan tepat berhubungan penggunaan kaedah pukulan tersebut.

KAEDAH PUKULAN/KETUKAN/MEROTAN

Perubatan Rasullullah (s.a.w) merangkumi berbagai kaedah yang terlalu banyak. Antara kaedah-kaedahnya ialah menggunakan pukulan atau ketukan atau merotan orang yang dirawat. Kaedah ini jika digunakan sangat baik dan segera dapat menyembuhkan penyakit. Berbagai jenis penyakit dapat disembuhkan dalam jangka masa yang sangat pendek, menjimatkan kos dan boleh menghapuskan penyakit yang dirawat atau diubati untuk selama-lamanya.

Penemuan kaedah-kaedah ini bermula bila pada suatu ketika, kira-kira 10 tahun yang lalu seorang rakan meminjamkan kitab Hukmul-Jan karangan Imam as-Suyuti. Penulis dapati ada beberapa buah hadis yang menyebutkan bahawa Rasullullah (s.a.w) mengubati orang yang dirasuk jin


dengan memukul pesakit itu. Antaranya hadis yang menceritakan bahawa seorang sahabat menemui Rasullullah (s.a.w) dengan membawa anaknya yang dirasuk jin. Setelah ayahnya menyalinkan baju anaknya, maka anaknya itu dibawa dekat Rasullullah (s.a.w) dengan bahunya mengarah ke hadapan baginda Rasullullah (s.a.w). Baginda memegang erat baju budak itu lalu memukul-mukul belakangnya dengan tapak tangan. (Agak kuat juga, kerana baginda mengangkat tangannya tinggi sehingga ternampak ketiak baginda). Ketika melakukan pukulan atau tepukan itu, baginda (s.a.w) menyebutkan : “Keluarlah kau wahai musuh Allah, keluarlah wahai musuh Allah”.

Kemudian Rasullullah (s.a.w) berdoa lalu menyapukan tapak tangannya yang mulia itu ke wajah budak itu. Budak itu sembuh. Jin yang merasuknya telah keluar. Untuk tatapan dan renungan kita, penulis lampirkan bersama kertas kerja ini beberapa buah hadis yang menceritakan bagaimana Rasullullah (s.a.w) melakukan tepukan dan pukulan untuk mengeluarkan jin atau syaitan dari tubuh pesakit yang dirasuknya. Dari apa yang baginda lakukan itu dapat kita lihat bahawa baginda melakukan pukulan itu dengan dua perkara iaitu serbannya yang dipintal kemas atau tapak tangannya. Pukulan itu kita dapati agak kuat kerana dalam satu riwayat menyebutkan bahawa bekas tapak tangan baginda dapat dilihat dengan jelas di dada sahabat yang dirawatnya itu. Bagaimanapun yang pastinya ialah pukulan itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan keadaan penyakit orang yang dirawatnya.


Sunnah Rasullullah (s.a.w) tersebut telah diikuti oleh orang-orang Islam kemudiannya. Khalifah Umar al-Khattab (r.a) pernah memukul muka dan kepala seorang hinggalah syaitan yang berada dalam tubuhnya keluar. Kisah Umar al-Khattab ini, berpunca bila orang tersebut bertanyakan kepadanya mengenai di manakah Allah berada. Khalifah Umar meminta tongkat dari seorang sahabat. Bila Umar dapat tongkat itu ia segera memukul kepada orang yang bertanya itu sehingga kepalanya berdarah. Syaitan yang merasuknya keluar dan orang itu pun sedar, lalu meminta maaf kepada Khlaifah Umar al-Khattab (r.a).

Dalam kitab at-Tibbun-Nabawi karangan Syeikh Ibn Qaiyim al-Jawziyah (w.751 H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Syeikh Ibn Taimiyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat- (at-Tibbun-Nabawi, h.52).

Ibn Qaiyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tetapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, Syeikh Ibn Taimiyah pernah menceritakan kepada dirinya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat al-Quran dan sudah diminta supaya keluar segera. Akhirnya gurunya itu memukul pesakit itu dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit dan mahu pergi menunaikan fardhu haji bersama-


samanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat itu. (al-Tibbun-Nabawi, h.53).

Penulis berasa sangat yakin bahawa antara berbagai hikmah hukuman rejam sampai mati terhadap penzina yang telah berkahwin dan hukum sebat 100 kali rotan bagi yang belum berkahwin bukan semata-mata untuk menimpakan seksaan terhadap penzina itu, tetapi untuk mengeluarkan syaitan yang telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Bila syaitan itu keluar, maka orang itu benar-benar sedar dan akan menjadi seorang yang baik. Orang yang direjam sampai mati itu pula, bertujuan supaya syaitan tidak terus kekal dalam tubuhnya dan agar diri zahir dan batinnya bersih dari pengaruh syaitan. Di samping itu sifat jahat itu tidak akan menular kepada anak cucunya di kemudian hari.

Perlu diperhatikan bahawa orang yang melakukan pukulan atau ketukan tidak boleh sebarang orang, tetapi mestilah ianya seorang yang benar-benar bersifat taqwa, mantap iman dan sentiasa dhikrullah dan bermuraqabah kepada Allah. Tidak boleh dilakukan oleh orang yang masih bermaksiat, lemah iman dan hatinya lalai dari mengingati Allah. Kita dapati yang melakukan pukulan ialah Rasullullah (s.a.w), Saidina Umar al-Khattab dan Ibn Taimiyah. Penulis teringat satu kisah yang berlaku pada Imam Ahmad bin Hambal dan seorang muridnya. Imam Ahmad bin Hambal memukul seorang pesakit yang terasuk jin dengan kasutnya sambil menyebutkan : Keluarlah engkau wahai musuh Allah. Jin itu keluar. Sebelum keluar jin itu menyebutkan : Ia aku akan keluar kerana perintahmu. Setelah Imam Ahmad meninggal dunia jin itu masuk semula ke dalam tubuh pesakit tersebut. Salah seorang murid Imam Ahmad b. Hambal memukul pesakit itu sambil menyebut : Keluarlah engkau wahai musuh Allah. Jin itu tidak mahu keluar sambil berkata: Engkau ini siapa? Takkan aku mahu taat kepada orang seperti engkau!.

BIODATA TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK AL-KHALIDI

dilahirkan pada 11 Februari 1940 di Batu Pahat, Johor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (1957). Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Johor dan Kolej Islam Klang. Pada Tahun 1972 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana MA dalam bidang Usul Fikah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Ilmu Tasawuf.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai guru agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai guru penolong kanan selepas mendapat ijazah pertama. Awal tahun 1974 beliau menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera Universiti Malaya; dan dilantik menjadi Profesor Madya pada tahun 1992 hinggalah beliau bersara pada akhir tahun 1995.

Sambungan Sumber Perubatan Dalam Islam

Bila kita pandang dari sudut wahyu ini maka tentulah kita boleh merumuskan bahawa perubatan yang diperkenalkan oleh Rasullullah (s.a.w) tidak seperti perubatan yang dicetuskan oleh para doktor lainnya. Ada unsur-unsur penting yang tersendiri yang menakjubkan. Kerana itulah maka Ibn Qaiyim al-Jawziyah (W.751H) ada menegaskan dengan katanya yang bermaksud:-


“Maka inilah beberapa bahagian yang dapat memberi manfaat mengenai tunjuk ajar Rasullullah (s.a.w) dalam perubatan yang diamalkannya dan yang diajarkan kepada orang lain. Perubatan yang mengandungi hikmah, hikmah yang tidak akan dapat dicapai oleh akal fikiran doktor yang terunggul sekalipun”.

Antara ciri keunggulan perubatan Rasullullah (s.a.w) terdapat dalam aspek rohani atau hati, roh dan sirr. Sebab aspek rohani berkait rapat dengan tawhid atau berkait terus dengan Allah. Jika seseorang dalam usahanya mengenal dan mendekatkan diri kepadaNya dapat mencapai ma’riftullah serta membanyakkan dhikrullah maka barulah kerohaniannya jadi sihat dan kuat. Hati juga akan jadi mutmainnah atau tenang (28, al-Ra’d).

Dalam merawat atau mengubati seseorang pesakit, Rasullullah (s.a.w) ternyata seolah-olah tahu keadaan penyakit dan apakah ubat yang akan diberikan. Misalnya ada pesakit yang hanya didoakan sahaja, ada yang dibacakan ayat al-Quran, didoakan dan ditiup ke arah bahagian tertentu tubuh pesakit, ada yang didoakan dan dipukul dengan serbannya yang dipintal kemas, ada yang didoakan dan ditepuk sekuat-kuatnya di dada pesakit, ada yang diberi makan ubat-ubatan dari bahan herba dan sebagainya lagi.


Dalam penjagaan kesihatan, Rasullullah (s.a.w) telah meninggalkan banyak pesan panduan yang sangat berguna yang terus kekal hingga ke hari ini. Antara yang terkenalnya ialah; setiap penyakit ada ubatnya, jagalah perut, kerana perut itu punca kebanyakan penyakit. Baginda juga mengutamakan kebersihan sambil menegaskan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Mengenai sebab atau punca penyakit, baginda telah menegaskan bahawa selain daripada faktor-faktor biasa yang memang telah diketahui oleh orang ramai, sihir, jin, syaitan, iblis juga menjadi faktor penting yang menyebabkan berbagai penyakit.

Perubatan Rasullullah (s.a.w) yang baginda amalkan dan ajarkan kepada para sahabatnya selama lebih dari 23 tahun iaitu sejak masa baginda dilantik jadi nabi dan rasul hinggalah baginda wafat, sebahagiannya ada tercatat di dalam kitab-kitab sirah, hadis, tafsir al-Quran, sejarah Islam dan lain-lain kitab lagi.

Sebahagian tulisan mengenai perubatan Rasullullah (s.a.w) yang tersebut telah dikumpul dan dibukukan oleh setengah sarjana ilmuan Islam. Sehingga ke hari ini sekurang-kurangnya kita menemui tiga buah kitab yang khusus ditulis mengenai perubatan baginda (s.a.w) itu. Ketiga-tiga kitab tersebut menggunakan tajuk/title yang sama, at-Tibbun-Nabawi. Ketiga-tiga sarjana ilmuan Islam tersebut ialah, Abu Nuaim (w.430H/1038M) yang berasal dari Isfahan, Parsi, Ibn Qaiyim al-Jawziyah (w 751H/1350M) dan Imam al-Suyuti (w 911H/1505M).

Kitab at-Tibun-Nabawi tersebut meninggalkan kesan pengaruh yang besar dalam kehidupan umat Islam. Ulamak Islam yang berminat dalam perubatan tradisional Islam seperti yang diajarkan dan diamalkan oleh Rasullullah (s.a.w) tetap menjadikan kitab tersebut sebagai rujukan utama. Setengah ulamak menyunting mengenai bab-bab tertentu dan dibukukan dengan huraian dan panduan-panduan baru. Setengah ulamak menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda masing-masing. Kitab Tibun-Nabawi karangan Imam as-Suyuti telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan lain-lainnya.

Sambungan SUMBER PERUBATAN ISLAM

Al-Quran juga menjelaskan bahawa sesuatu penyakit dan sembuhnya tidak hanya dikaitkan dengan sesuatu sebab sahaja, tetapi dihubungkan juga dengan musabbib iaitu takdir atau kehendak dan kekuasaan Allah. Tegasnya jika perubatan barat hanya mengingatkan wujudnya dua hubungan, sebab dan musabbab, al-Quran telah menambah satu aspek lagi yang lebih penting iaitu musabbib atau kehendak dan kekuasaan Allah yang mengatur dan menentukan berlakunya hubungan sebab dengan musabbab.

Di samping itu al-Quran memberikan contoh-contohnya dan bagaimana semestinya seseorang Islam itu menghadapi penyakit yang dideritainya, khasnya penyakit-penyakit yang berat dan kronik. Kisah penderitaan Nabi Allah Yakkub (a.s) kerana buta kedua-dua belah matanya dan Nabi Allah Ayub (a.s) yang diserang sejenis penyakit kudis hingga lumpuh serta bagaimana kedua-dua orang nabi tersebut sembuh adalah merupakan isyarat-isyarat penting di bidang perubatan Islam.

Al-Quran juga menyedarkan kita agar benar-benar menjaga kepentingan kesihatan dan mengutamakannya. Seorang yang sedang berihram haji atau umrah tidak dibolehkan mencukur kepala, tetapi jika kepalanya itu berpenyakit seperti kudis atau seumpamanya yang perlu dibotakkan, maka ia dibolehkan berbuat demikian. (43, An-Nisa’).

Demikianlah al-Quran itu yang ditegaskan oleh Allah keadaannya tidak ada sesuatu perkara yang tidak disebutkan atau tidak dimuatkan di dalamnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab ini” (38, al-An’am). Di sebalik ibarat ayat-ayat al-Quran itu, terdapat berbagai isyarat mengenai perubatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Pentingnya peranan Rasullullah (s.a.w) di bidang perubatan sangat jelas, kerana baginda adalah merupakan pesuruh Allah yang berkewajipan menjelaskan kandungan dan maksud ayat-ayat al-Quran. “Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar engkau menerangkan kepada umat manusia apa-apa yang telah diturunkan kepada mereka” (44, al-Nahl). Di samping itu para bomoh/pawang (kahin), tukang ramal atau tukang tilik (munajjim, arraf), ahli sihir, dan seumpamanya telah diharamkan setelah lahirnya Islam. Malahan telah diperangi habis-habisan oleh Islam disebakan semuanya itu melibatkan amalan batil dan syirik seperti menyimah, membuang ancak, memuja benda-benda yang tidak boleh dipuja seperti jin dan syaitan. Faktor-faktor tersebut menyebabkan Rasullullah (s.a.w) menjadi titik tumpuan baru bagi masyarakat Islam yang memerlukan bantuan perubatan bila menghadapi berbagai masalah penyakit. Lebih-lebih lagi masyarakt Islam yang baru muncul itu sangat teguh keimanan mereka terhadap apa sahaja yang disampaikan oleh Rasullullah (s.a.w). Mereka yakin kata-kata baginda adalah datang dari Allah, seperti yang disebut dalam firman Allah yang bermaksud : “Dan sesungguhnya ia (Rasullullah s.a.w) tidaklah bercakap mengikut kehendak nafsunya, tetapi kata-katanya itu adalah wahyu yang diwahyukan” (2-4, al-Najm).

SUMBER PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam berasal dari dua sumber, al-Quran dan Sunnah Rasullullah (s.a.w). Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang merumuskan mengenai kesihatan, kebersihan, penyakit, ubat-ubatan, rawatan penyakit dan berbagai perkara lain yang berkaitan. Ada beberapa ciri yang sangat berbeza dengan asas pandangan perubatan moden atau perubatan barat. Misalnya, al-Quran menegaskan adanya kebersihan maknawi, sedangkan perubatan barat tidak. Perintah Allah yang mensyariatkan kewajipan berwuduk, mandi junub, arak dan seumpamanya yang memabukkan sebagai bahan yang najis dan yang lain-lainnya adalah bertujuan menjaga kebersihan maknawi. Al-Quran menyebutkan bahawa orang-orang musyrikin najis (28, al-Tawbah). Menurut pandangan ahli tafsir bahawa maksud najis tersebut ialah najis maknawi iaitu aspek dalaman atau ruhani orang musyrik itu yang naijs.

Satu fakta yang penting ialah kebersihan maknawi dianggap sebagai asas yang utama. Apa sahaja amalan baik disyaratkan pelakunya mesti Islam dan niat hati juga bersih atau ikhlas iaitu semata-mata kerana mentaati Allah dan keredaanNya.

Al-Quran juga ada menegaskan wujudnya dua jenis penyakit, jasmani dan rohani atau fizikal dan mental. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebutkan bahawa hati orang-orang kafir berpenyakit, diselubungi rasa bimbang, rasa ragu, rasa takut, rasa tertekan, rasa benci, marah, sakit hati dan sebagainya lagi.