Friday, January 18, 2008

LAMPIRAN 1

Diriwayatkan daripada Abdullah bin A’mir bin Rabia’h daripada ayahnya berkata; Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah saw mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah saw, baginda menepuk nepuk dadanya kemudian berdoa; Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya. Kemudian Baginda bersabda kepadanya; bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah saw seterusnya bersabda; Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan rasukan memang benar berlaku.1

1Musannaf Ibn Abi Syaibah, juzuk: 5 m/s: 50


2 Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, bab; Al-Faz;I wal Araq wa ma yata’awwazu bihi, hadith no; 3538.

Diriwayatkan daripada U’thman bin Abi al-A’sh berkata; apabila Rasulullah saw mengutus saya ke Taaif, saya pernah merasa diganggu di dalam sembahyang sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan di dalamnya. Saya menemui Rasulullah saw lalu memberitahu baginda peristiwa tersebut. Baginda bersabda; gangguan itu sebenarnya daripada syaitan, hampirlah kepadaku. Saya menghampiri Rasulullah saw dan duduk berhadapan dengan baginda. Baginda menepuk nepuk dadaku dengan tangannya dan meludah ke dalam mulutku, sambil berkata; keluarlah wahai musuh Allah!. Baginda mengulangnya tiga kali. Kemudian baginda bersabda; kebenaran adalah beserta dengan amalanmu. U’thman berkata; saya tidak pernah lagi diganggu setelah itu.2


3 Sahih Bukhari, kitab; Al-Jihad wal Sairi, bab; Hirqur Dur wan Nakhil, hadith no:2797.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home