Friday, January 18, 2008

KESIMPULAN

Dari semua sudut keterangan di atas dapat kita simpulkan:

1) Kombinasi pukulan, dhikrullah dan doa adalah merupakan salah satu kaedah perubatan Islam yang penting dan mempunyai potensi yang sangat besar di masa depan sekiranya ia dikaji lebih mendalam dan teliti lagi.

2) Penulis sangat merasakan perlunya bantuan dan kerjasama dari beberapa orang pakar perubatan moden yang beragama Islam yang berminat untuk membuat kajian selanjutnya dalam kaedah pukulan ini. Penulis rasakan kaedah ini seakan seiring dan dapat diketemukan dengan beberapa aspek perubatan moden.

3) Jin dan syaitan ada kaitannya dengan berbagai penyakit yang dideritai oleh manusia dan makhluk lainnya seperti binatang ternakan, contohnya penyakit kuku dan mulut binatang dan SARS.

4) Penulis sangat yakin terhadap kebenaran pandangan dua orang ulamak Mesir, Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:

Maksudnya: “Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

(Rujukan halaman 585, al-Tafsir wa al-Mufassirun)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home