Friday, January 18, 2008

PRESTASI SESUDAH 10 TAHUN

Di penghujung tahun 2005 ini bermakna kaedah pukulan ini telah digunakan lebih 10 tahun. Berbagai masalah asas telah dapat diatasi dan kaedah ini lebih meyakinkan akan menjadi satu kaedah yang sangat tepat dan berkesan untuk merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Bagi tujuan membantu memudahkan kita menelitikan kejayaan dan pencapaian yang ada, maka penulis cuba ringkaskan seperti di bawah ini :

1. Kayu yang sesuai telah diperoleh iaitu ranting pohon buah nona.

2. Lima faktor yang mendorongkan jin atau syaitan masuk ke dalam tubuh manusia juga dapat dikenal.

3. Kaedah pemeriksaan pesakit juga dapat diketahui.

4. Di mana jin atau syaitan itu berada dalam tubuh pesakit dapat ditentukan dengan lebih tepat.


5. Jenis-jenis jin yang mengganggu pesakit juga dapat diketahui.

6. Beberapa perkara yang menjadi pantang larang bagi pesakit yang dirawat juga dapat ditentukan.

7. Perkara-perkara yang boleh menghalang jin atau syaitan untuk keluar dari tubuh pesakit juga dapat diketahui.

8. Tanda-tanda atau symptom jin atau syaitan itu sudah keluar atau belum dapat diketahui.

9. Kaedah merawat pesakit disebabkan saka dan simpulan sihir (al-‘uqad) yang ditanam juga dapat diketahui.

10. Rawatan sokongan yang membantu kesan pukulan itu, supaya berkesan seperti mandi air batu, sapukan cuka, minum air yang didoakan dan sebagainya dapat dibuat dengan lebih baik.

11. Dakwah Islamiyah dari sudut syariat dan aqidah dapat disampaikan dan lebih berkesan, khasnya di kalangan pesakit dan keluarga serta teman-teman. Misalnya mereka begitu yakin mengenai larangan dan pengharaman amalan sihir, berbomoh, berpawang, berbagai jenis tangkal, azimat, jampi serapah, berbagai ilmu salah dan sesat berkait dengan ilmu mempertahankan diri, gagah, kebal, seri muka, susuk dan sebagainya lagi.

12. Amalan yang boleh menambahkan taqwa dan menguatkan iman dapat ditekankan dan dituruti oleh kebanyakan pesakit. Tumpuan selalunya dibuat agar mereka melakukan yang difardhukan, menjauhkan yang dilarang dan membanyakkan yang disunatkan. Galakan supaya mereka mengamalkan, membaca atau menghafaz apa-apa bacaan doa, ayat al-Quran, dhikrullah, tasbih, tahmid yang sedia ada dan diperintah oleh Allah. Seperti mengulangan terus bacaan al-Fatihah, doa qunut, doa selamat dan sebagainya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home