Friday, January 18, 2008

SUMBER PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam berasal dari dua sumber, al-Quran dan Sunnah Rasullullah (s.a.w). Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang merumuskan mengenai kesihatan, kebersihan, penyakit, ubat-ubatan, rawatan penyakit dan berbagai perkara lain yang berkaitan. Ada beberapa ciri yang sangat berbeza dengan asas pandangan perubatan moden atau perubatan barat. Misalnya, al-Quran menegaskan adanya kebersihan maknawi, sedangkan perubatan barat tidak. Perintah Allah yang mensyariatkan kewajipan berwuduk, mandi junub, arak dan seumpamanya yang memabukkan sebagai bahan yang najis dan yang lain-lainnya adalah bertujuan menjaga kebersihan maknawi. Al-Quran menyebutkan bahawa orang-orang musyrikin najis (28, al-Tawbah). Menurut pandangan ahli tafsir bahawa maksud najis tersebut ialah najis maknawi iaitu aspek dalaman atau ruhani orang musyrik itu yang naijs.

Satu fakta yang penting ialah kebersihan maknawi dianggap sebagai asas yang utama. Apa sahaja amalan baik disyaratkan pelakunya mesti Islam dan niat hati juga bersih atau ikhlas iaitu semata-mata kerana mentaati Allah dan keredaanNya.

Al-Quran juga ada menegaskan wujudnya dua jenis penyakit, jasmani dan rohani atau fizikal dan mental. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebutkan bahawa hati orang-orang kafir berpenyakit, diselubungi rasa bimbang, rasa ragu, rasa takut, rasa tertekan, rasa benci, marah, sakit hati dan sebagainya lagi.





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home