LAMPIRAN 3
Saya berkata: kenyataannya (Ibn Taimiyyah); Kadangkala mengubati penyakit kerasukan jin atau makhluk halus memerlukan kepada pukulan iaitu dengan pukulan yang banyak. Cara ini sebenarnya adalah di syarakkan berdasarkan sumber hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud dan juga Abu al-Qasim al-Tabarani.
Hadith daripada Ummu Aban binti al-Wazi’ yang diceritakan daripada ayahnya; Bahawa suatu hari datuknya pergi menemui Rasullullah saw bersama dengan anaknya atau anak saudaranya yang kerasukan. Lalu berkata kepada Rasulullah saw: wahai Rasulullah saw, saya datang bersama anak atau anak saudara saya yang dirasuk dan meminta daripada Rasulullah supaya berdoa untuknya. Baginda menjawab: bawa dia berjumpa denganku.
Lalu saya pergi kepadanya yang sedang berada di dalam kenderaan. Setelah menyalinkan pakaiannya, saya membawanya bertemu dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda: hampirkan dia kepadaku dan hadapkan belakangnya kepadaku. Rasulullah saw mengambil sehelai bajunya dan digabungkanya supaya menjadi tebal lalu baginda memukul belakang pesakit sehingga kelihatan putih ketiak baginda saw. Di samping baginda bersabda: Keluarlah hai musuh Allah !. Sejenak kemudian anak tersebut kelihatan sedar seperti sediakala dan tidak lagi seperti dahulu.
5 Syeikh al Imam al A’lamah Badruddin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s:151, tahqiq wa dirasah; Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home