Friday, January 18, 2008

LAMPIRAN 4

Saya pada suatu ketika berada di masjid Abi A’bdillah Ahmad bin Hanbal. Sultan al Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik perempuan sultan mengalami kerasukan. Lalu memohon daripada Imam Ahmad supaya mendoakan kesihatan untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad mengeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwudhuk, lalu memberikannya kepada utusan tersebut seraya berkata: Kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepada perempuan itu. Cakapkan kepada jin itu; “Ahmad bertanya kepadamu: Mana diantara dua perkara yang kamu sukai; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali!”

Utusan tersebut kemudiannya beredar ke istana sultan dan melakukan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Lalu jin yang merasuk tadi, melalui lidah perempuan itu berkata: Kami dengar dan kami taat…dan sekiranya Ahmad mengarahkan kami keluar dari negeri Iraq sekalipun kami akan keluar. Dia sebenarnya seorang yang sangat taatkan Allah. Sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya juga. Jin itu keluar dari tubuhnya. Perempuan itu seterusnya kembali sihat dan kemudiannya dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad jin tersebut sekali lagi mengganggu perempuan itu. Sultan Mutawakkil sekali lagi mengantar utusannya kepada murid Imam Ahmad iaitu Abi Bakr al Mawarzi dan menceritakan kepadanya keadaan yang telah berlaku. Setelah itu, al Mawarzi mengambil terompah kayu yang sama segera pergi ke istana sultan untuk mengubati perempuan itu. Jin yang merasuk itu berkata: Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan mentaatimu dan tidak mahu menerimamu. Adapun Ahmad, dia adalah seorang yang sangat mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya6.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home