Friday, January 18, 2008

LAMPIRAN 6

Pernah satu ketika saya menyaksikan syeikh kami (Ibn Taymiyyah) mengutus seorang yang mampu bercakap dengan ruh [jin] yang berada dalam badan pesakit yang dihasut. Lalu utusan itu berkata: Syeikh telah berkata; Keluarlah kamu dari badannya kerana tidak halal bagimu berada di dalamnya, sejenak kemudian sedarlah pesakit itu. Kadang-kadang dia sendiri (Syeikh) yang mengucapkan kata-kata tersebut kepada ruh itu. Kadangkala ruh yang menghasut itu degil, lalu ianya dikeluarkan dengan cara dipukul dan sedarlah orang yang dihasut itu tanpa dia merasa sakit. Kami dan selain kami telah menyaksikan fenomena seumpama ini daripadanya berulangkali.

Syeikh kerap membaca pada telinga pesakit yang dihasut firman Allah Taa’la:

Syeikh telah menceritakan kepada kami; Pada satu ketika dia membaca ayat tadi ke telinga pesakit yang dihasut, lalu ruh (jin) yang berada di dalamnya berkata dengan memanjangkan suaranya; yaaah…..Syeikh berkata lagi: saya mengambil sebatang tongkat memukul urat-urat tengkoknya sehingga lenguh kedua tanganku kerananya. Para hadirin menyangka si pesakit itu pasti akan mati dengan sebab pukulan tersebut.

Semasa memukul, ruh tersebut berkata: Aku kasih kepadanya. Lalu saya [Syeikh] berkata kepadanya: dia tidak menyukaimu. Ruh itu menjawab; saya ingin menunaikan haji bersamanya. Saya berkata; dia tidak mahu melaksanakan Haji bersamamu. Kemudian dia berkata; saya meninggalkannya kerana memuliakanmu. Lalu Syeikh menjawab; bukan begitu, bahkan tinggalkanlah dia kerana taatkan Allah dan Rasulnya. Ruh itu kemudianya berkata;kalau begitu saya keluarlah sekarang daripadanya.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home